Posts

Showing posts from 2009

Kek Sandwich favourite mak

Image
Dah lama mak suruh aku buat kek nih...bukan apa..resepi hilang, dah byk kali kak nah(kak ipaq aku)bg, tp aku la cuai x simpan elok2..asyik bg hilang ja...resepi dia mudah ja sebenarnya..n..last2 mak yg mintak kat kak nah sementara aku dok kat kg lg..(mmg mak teringgin sgt2 la tuh)..hehehe Ni lah dia kek sandwich..x sempat nak snap sebiji kek mmg laku sbb byk tentera wataniah kat umah masa tuh...dan snap sepotong ja tu pun sib baik aku teringat nak amik...hahah ni dia resepi dia supaya x ilang lg... Bahan2: seketul butter 5 biji telur (A) 1 1/4 cawan gula halus 2 1/2 cawan tepung naik sendiri 2 sb golden syrup 1/2 cawan bancuhan susu tepung (bancuh suam2) 1 sk esen vanilla jem strawberi utk sapuan di tengah... Cara: Pukul gula + butter sampai kembang, masukan telur sebiji demi sebiji..masukan tepung, kacau perlahan2.pastuh masukan golden syrup + air susu + esen vanilla...pastuh bakar lah buat dua kali bakar loyang mesti sama besar..kalau malas nak bakar 2 kali, nnt potong dua.. dah mas

anak vietnam ke nih?

Image
Last week cik ton p vietnam..so dia belikan baju vietnam utk fatihah..tgk la nih anak aku...

Hari yang malang....

Selasa baru ni..pg2 kul 8 aku ada appointment kat klinik langgaq (klinik kesihatan kat kg aku) utk check gula dlm darah...so tgh dok siap tuh, ayah tanya aku nak ayah antaq ka nak p sendiri...aku kata nak p sendiri..sbb dekat ja ngan umah aku . Hubby x dak p kursus kat ipoh 4 hari..dah lama aku x drive keta ayah.. Sampai la kat simpang kedai makan nak keluar ke jalan besaq..jln tu pg2 mmg sibuk gila...dgn lori, bas..moto keta berderu deram...so aku pun tgk kiri kanan..depan simpang tu ada 1 lori tanah..dan tepi jalan plak ada van kilang...aku agak2 macam keta ayah bleh lepas antara lori ngan van kilang tu....aku pun ngan yakin dan beraninya menyelit tengah2...huhuhuhuh...nasib malang upanya x lepas....tah takut sama aku jalan jugak dgr bunyi tersangkut dah kat belakang n bau hangit...agak mcm dah lepas..aku berenti tepi jalan..turun tgk makkk..aaii....abih keta ayah aku..kiri kanan kemek huhuhuhuhuhuhu.......ketaq tok sah habaq la...sudah lah handset x bawa..org kat kedai mkn tuh semua

Its a Boy

Awal bulan td, sbb excited nak tau bby girl or boy aku hubby ngan tehah g klinik mahsuri kat jitra nak scan...Alhamdulillah doc kata bby boy. Actually x kesah pun boy or girl yg penting bby sihat n selamat...tp kalau dah mmg boy syukurlah ada sepasang..hehehe Aku la nih mmg montel....makan tdo ja keja..berat badan skrg dah 47kg..7 bln pregnant 7 kilo naik..bby sekilo lebih ja masa scan ri tu..dasyat kan?!..hahaha..yg penting aku n bby sihat n selamat. Budak2 kecik tau kot bby apa yg sedang ibu2 pregnantkan, sbb dulu sblm aku scan,bila tanya fatihah bby dlm perut umi nama apa?...terus dia jawab shahadun..huhuhu..mana dia dgr n amik nama tu pun aku x tau..x penah aku @ hubby sebut pun nama tuh...harap2 la keluar nnt kalau x letak nama shahadun..bby tu x la meragam..muehehehe

3 Year Old Birthday...Nur Fatihah

Image
Dah lama x update n3 dlm blog aku nih, bkn apa.. line kat kg plak x berapa nak bagus... Semalam birthday Fatihah....mula ingat nak buat kek la...pastuh pk2 beli lah cepat ckit sbb askar2 kat umah byk, sian plak nak suh depa tunggu kek masak....so p beli ja senang kat pasaraya peladang tuh..hasilnya ni la kek birthday dia tahun nih.. Fatihah dah 3 tahun...kejap ja masa berlalu. Harap2 dia membesar dengan baik, berakhlak mulia dan menjadi anak yg solehah..amin.....

no idea..

Lama x update blog aku, bukan apa...malas nak mengadap laptop lama2 pastuh x da idea2 yg menarik..ini pun saja ja nak menghabiskan masa sementara nak tunggu pegi pasar mlm jap lg beli lauk utk masak esk.. Last week kandungan aku berusia 5 bulan..kali ni jumpa doc aku sampai kat klinik tuh untuk checkup kul 8 tepat tgk mak aii...ramai dah, parking pun penuh..huhuhu..ingatkan aku la yg awai...amik no giliran aku yg ke-26...bayangkan, dr kul 8 tunggu kul 11.15 baru siap bleh balik...letih, geram, lapar semua ada..sib baik bukan bulan posa..sudah la bawa fatihah x reti duduk diam lari ke sana cni...yg besnya, bila aku asyik merungut kata lambat laa...lambat laa... fatihah pun jerit dgn kuatnya, " doktor...cepat la panggil ummi...!!!"terkejut aku..semua org lam klinik tuh tgk haku..pastu gelak2..huhuhu..rasa cam nak nyorok ja bwh kerusi. Dok sat ja nombor aku pun naik jumpa doc hahaha..kebetulan ja tuh..bkn doc tu dgr tehah jerit tu. Sblm nih aku x bgtau pun nurse2 tuh family aku

Raya Aidilfitri 2009

Image
Hari ni baru rasa nak update blog setelah seminggu cuti raya..muehehe.. Thn ni raya 1st kg aku dulu kat langgaq..tema kaler kami sekuarga thn ni ijau, idea hubby ler tuh...x sangka plak famili blah aku ramai yg ijau thn ni..bkn plan pun, tgk ja lah gambaq2 nih..ijau belaka..hahaha Thn ni semua dpt berkumpul kecuali abg pit dia beraya umah wife dia dulu kat subang ptg raya tu baru dia balik..yg ada ni pun dah meriah... Aku dengan Fatihah.. Semua adik beradik aku kecuali abg pit x dak... Kak Chaq n family... Cik Ton n family... Abg Din n family... Abg Najib n family... Abg Yee n family... Last...aku n family.. Umah sebelah mertua aku x tangkap gambar pun..huhuhu..x bawa balik kamera..gambar2 kat umah aku tuh ehsan dr kamera abg najib...

siakap masak stim

Image
Ptg td lepas p klinik check perut..singgah pekan, dok pk2 nak masak apa ptg ni hubby kata nak mkn ikan siakap masak stim. Dolu2 masa kat kulim aku penah buat sekali tp ikan bawal..x sedap langsung sbb aku boh limau sekali kulit dia ..pahit nak mampos..bole la mkn tp x sedap merosakan ikan jaa..huhuhu. kali ni try lg..sbb la ni aku kalau mkn kat kedai kurang selera ckit..lepas makan sure balik umah terkeluaq semua balik..kalau yg aku masak ok la walaupun kurang sedap..muehehehe..Aku guna bahan2 yg sedia ada kat umah jaa..sbb kat pekan td beli ikan ja semata2..sayoq apa pun x teringat nak beli sbb dah lewat takut x sempat nak masak. Sampai ja umah terus masuk dapoq..prepare bahan2 apa yg patut...then, ni la hasilnya ikan siakap masak stim..hehehe..menyelerakan x?...rasa dia boleh tahan la..sedap gak mcm kat kedai (sekali sekala nak puji diri sendiri..muahaha)aku potong 2 sbb periuk kukus aku kecik ja..x muat nak boh pelengat besaq2.. pastuh..kueh hari ni, memandangkan inti nyioq lebihan

Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam " Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.: Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu " Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwa

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa. - Muntah dengan sengaja - Mengeluarkan air mani - Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari - Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita - Menjadi gila - Pitam sepanjang hari - Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari - Murtad, iaitu keluar dari agama Islam Wallahu'alam

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183 : Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. “ Bulan Ramadhan tidak boleh dibandingkan dengan bulan yang lain kerana padanya terdapat perlbagai kelebihan dan keistimewaan serta limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah. Sabda Rasullah Saw : Maksudnya : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi) Sabda Baginda SAW : “Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang lain selain meraka tidak dibenarkan masuk.” (Muttufaqun ‘Alaihi) Sabda Baginda SAW lagi : “Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasany

menu hari ini...

Hari ni dik na ngan laki dia mai buka posa kat umah aku.. dia nak mkn nasi tomato..tp bahan2 semua dia bw dr umah dia..hahaha. Bukannya umah aku x da bhn2 tp dia yg beriya nak bw sbb dia mmg cadang nak masak kat umah dia td..dah hubby aku ajak mai buka posa kat umah aku so dia pun angkut semua bahan2 nak masak nasi tomato. Sampai umah aku pun masak la nasi tomato..aku jarang buat nasi tomato selalu buat nasi daging jaa...tp bubuh gak tomato fresh..kali ni guna tomato puree. Dik na dia buat ayam masak merah then dia suh la aku masak nasik..hentam saja laa..aku pun buat mcm biasa agak2 ja masuk semua bahan2.. Alhamdulillah menjadi gak..sudah masak fatihah laa tukang try..tehah mkn byk betoi nasik tu tambah 4 kali...kira sedap la tuh..syabas2.. Pastuh goreng cucoq udang ckit buat penambah hidangan..Xdan nak amik gmbq2 boh lam n3 nih..semua hat mkn tuh pelahap belaka..muahahaha

Kelebihan Ramadhan

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini. Kelebihan bulan Ramadhan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya. Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu " AllahuAkbar " 3 kali, kemudian bacalah : (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjad

balik kg...yeehaa..

Image
yea..yea...hari ni balik kg..cuti sekolah seminggu. Lama x balik kg huhuhu..dulu dok kulim tiap2 minggu balik. Memandangkan rini dah nak balik, aku perabih masak apa yg ada lam peti ja..ada ayam beberapa ketoi buat nasi ayam sempoi jaa..x dak hias2 dahh..siap nak bg fatihah makan..hehehe

2 in 1

Petang semlm dalma kul 4ptg cam tu aku dpt call panggil interview kat jln yap kwan seng..pastu dlm kul 5.30 plak dpt lg panggil interview kat jln raja chulan....dua2 suruh p esk (hari ni la) yg 1st tu dia suh mai 11 pg yg 2nd walk-in kul 9 sampai kul 4ptg.. Ptg semlm aku pun p la bertandang umah kak niza jiran depan umah aku yg volunteer nak jaga fatihah..aku nak suh dia tlg jaga sat esk aku nak p intw..dia kata ok. Pg td pas subuh rasa malas plak nak p...hahaha..maklum la x puas lg dok umah pastu kesian plak kat tehah x biasa lg ngan org baru. Ngan mak ton pun susah nak tinggai ni kan pulak ngan org baru..huhuhu..pastu pk2 p jugak lah mana tau rezeki kali ni, x penah aku dpt intw 2 kali dlm 1 hari...cuba try jalah..KUl 9 baru terhegeh2 nak siap tehah plak 9.30 baru nak bangun..sabo ja lah..kalut2 kul 10 siap..p umah kak niza tu..tehah plak buat perangai x mo masuk umah kak tuh..nangis2 dok kata x mo p umah org nak p sekolah..huhuhu..tensen aku dah la lmbt terpaksa la antaq dia p skol

Salam Takziah...

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ust Mohd Asri Ibrahim..vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani.. Lagu Munajat yg sentiasa diingati; Tuhan... kubisikkan kerinduaan keinsafan pengharapan Tuhan.. kusembahkan pengorbanan membuktikan kecintaan bisikkan ku untukMu munajatku pohan restu semoga cintaku bukan palsu pada desiran penuh syahdu gelombang lautan rinduku munajatku dalam syahdu merindui maghfirahMu.. mardhiahMu dlm restu harapan tulusnya hatiku kurindukan pimpinanMu keagunganMu dlm doaku... kebesaran pada kudratMu ia membina rohaniku... Tuhan... kubisikkan kerinduaan keinsafan pengharapan Tuhan.. kusembahkan pengorbanan membuktikan kecintaan ujian kepahitan di dalam kehidupan padanya ada kemanisan ketenangan dan kebahagiaan bayangan syurga idaman munajatku dalam syahdu merindui maghfirahMu.. mardhiahMu dlm restu harapan tulusnya hatiku... kurindukan pimpinanMu keagunganMu dlm doaku kebesaran pada kudratMu ia membina rohaniku... Tuhan... kubisikkan kerinduaan keinsafan pengharapa

Mak Ton mai....

Semlm mak ton call katanya ada kat cni mai melawat anak sedara dia meninggal...2 tahun lebih koma sbb eksiden..huhuhu..mlm kemarin meninggal..Innalillah...so mak ton nak mai la tgk fatihah sekali sbb Tasha dok gaduh nak mai umah fatihah. siann..Tasha tu demam sampai x bangun la dok teringat kak fatihah..hehehe... Pg td mak ton call kata dok ada kat selayang..aku kata x jauh dah tu ikut ja sampai sg.buloh jalan nak p penjara tuh..hahaha..aku pun bkn terrer sgt nak bg jln nih..pastuh..depa masuk kot mana tah sampai highway rawang plak..terlepas dah laa...aku call hubby suh bg jalan... sementara kat umah aku goreng mee dulu..nak masak nasik mcm awai sgt lg...tgh dok masak..hubby call suh amik mak tok kat sek teknik paya jaras tuh..aku pn cargas la p amik depa..jauh gak tuh.....mujuq mee dan masak. Lepas amik terus bawak mai umah aku..mak ton la org pertama mai umah aku sejak aku pindah cni...jamu mkn apa semua..Tasah main2 ngan tehah..melepas rindu la katakan..mak ton ngan 'abah'

Jalan2....

Image
Petang Ahad lepas..x tau nak buat apa x tau nak p mana...hubby ajak p umah dekna lg..sebenaqnya sabtu tu dah p..tp dek na x dak. Kami mcm besa la p redah ja bukan nak call apa dulu..hahaha..sudahnya p depa x dak. Tp ahad tu call dulu dekna x keja..baru la km p...sempat gak aku menapau ckit kek coklat kukus yg aku buat sbb kat umah ni bukan ada sapa nak mkn sgt pun... ni la hasilnya..gambar dia gelap ckit sbb ambik gmbr dgn handset koman pastu cahaya kurang...muehehehe... Sampai ja dekna goreng mee..hehehe..pakat melantak mee dulu..lepas solat asar dah kenyang km pun beransur la nak balik..otw balik tu..mcm awai lg singgah la kat taman tasek titiwangsa..lama x p ctu dok lalu ja p umah dekna tp x penah singgah...layann...

Malam Nisfu Sya'aban (5 Ogos 2009)

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 5hb August, 2009 (HARI INI) Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah: 1. Malam Dimustajabkan Doa 2. Malam Pembahagian Takdir 3. Malam Rahmat 4. Malam Berkat 5. Malam Pengampunan (Taubat) 6. Malam Penebusan 7. Malam Syafaat 8. Malam Penulisan 9. Malam Keagungan dan Kemuliaan 10. Malam Rezeki 11. Malam Hari Raya Para Malaikat 12. Malam Penghidupan Antara kelebihan bulan Sya'aban: 1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga. 2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit duni

Pindah...

Image
1hb Ogos 2009... Hari tu hari aku sefamili pindah dr kulim ke sg. buloh... sob..sob..sedih sgt la tinggal umah tmn kobis tu..dah 3 tahun lebih kitaorg dok ctu..lebih sedihnya tinggal makton (pengasuh fatihah) dan tinggal kerjaya aku...huhuhu.. Ingat x byk la barang kami..rupanya penuh jugak selori kecik 1 tan tuh...x celuih nak boh peti ais warisan tok aku tuh ank bg kat abg yee..terpaksa suruh abg najib p hantaq kat abg yee...hehehe.. Terima kasih pada semua yg sudi tolong aku tempoh hari...penat gila angkut barang, aku x leh la sgt pulun maklum la badan aku ni lemah ckit..muehehe..tp pulun gak angkat last2 kena marah ngan makton. aku byk kemas balik umah lama tu bg bersih ckit x nmpk kotoq sgt nnt tuan umah mai periksa... Umah lama yg byk kenangan dan petiais warisan... aku sefamili depan umah lama... Anak2 manakan aku pun nak menyibok.. Makton & Fatihah Candid "Mak & Abah" Fatihah.. Hari tu mak ton la org yg paling sedih aku tgk..sedih nak tinggal fatihahmana x nya

Rambut pendek

Image
Fatihah dah berambut pendek....hehehe..ni semua sbb dia susah sgt nak bg sikat & nak ikat rambut bg kemas, terpaksa aku p potong rambut dia...lepas potong aku plak rasa menyesal..huhuhuhu..tp x pa rambut akan panjang balik.. Dulu... Sekarang...

Jadi ka tak jadi??

Adooii...penin aku memikior perkara nih...sampai x leh tido sampai termuntah2 aku dibuatnya...apa keputusan aku? nak terus kerja di celestica atau nak berenti ujung bulan ni??..tolonggggg...aku x leh buat keputusan!!! Ini semua bos punya pasai..mula aku dah nekad dah nak berenti abih bulan ni..pastuh poyo la p canang kat semua org aku last this month..abih lepas bos ckp ckit semlm ngan aku..aku pun jd kena pkiaq 2-3 kali balik..huhuhuhu..situasi ni yg aku paling x suka..walaupun alasan yg aku bg agak munasabah bg aku..bos mmg pandai cakap..mmg yg dia cakap tu 100% betoi pun..kalau aku kerja aku bleh tambah ekonomi family..tp masalahnya pd aku skrang duit tu jatuh nombot 2@3, 1st sekali aku mmg x da mood nak keja, aku letih, aku x larat..semuanya aku dah kabokan ke bos sampai la rahasia yg satu itu..poyo ja rasa, mcm aku sorang mengalaminya, bkn apa aku cuma nak gambarkan betapa segannya aku bila aku kerap cuti dan mc dan betapa letihnya aku dlm waktu2 begini, nnt reputasi aku x baik tp

Peristiwa mengenai Israk & Mikraj

Peristiwa mengenai Israk & Mikraj – untuk renungan bersama Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A.. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa) : Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat ber

Interview lagi.....

Setelah lama menunggu, ingatkan dah x dak harapan rupanya last week depa call panggil intw..mulanya aku termiss 2 call pg tuh, mula la gelabah cicak..time aku x bw henpon la ada org nak call..time dok usung sana cni henpon tu x dak sapa pun nak call...menyampah betoi..huhuhu..sib baik ptg depa call balik..yg call tu en. rahman, pendek cita..dia arrange date hai isnin utk intw aku..aku boleh ja mmg dok tunggu pun. Ya..ya kata ok..tp aku lgsg x prepare apa pun..huhuhu.. Hari yg di tunggu telah tiba..isnin dgn confidentnya aku p drive sendiri p arkib...takut jugak kot2 sesat maklum la dah lama aku x drive sorang kot kolompo nih..mujuq la mlm sampai tu pulun cari jln dulu walaupun mlm tu sesat ckit..Alhamdulillah siang tu Allah permudahkan perjalanan aku..walaupun janji intw kul 11 tp kul 10.30 aku dah sampai sbb aku x sesat lgsg terus ja jumpa...sampai kat sana aku call la en.rahman tuh..dia kata masuk tanya guard dia ada di Mezzanein stor. Mulanya nebes gak la..lepas bg salam, dia suh du

TAZKIRAH

Bila ALLAH Cepat Makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan Doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesusatu Yang Lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w .: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) * Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). * Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya. * Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan). * Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. * Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. * Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka. * Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. * Puasa 8 ha

25 NASIHAT LUQMAN AL HAKIM

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga. 03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 04 - Hai anakku; seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman. 05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hi

Still Here & Waitting...

I'm still at Celestica CMY, today should be at home with my hubby and tehah yg byk akai la nih..huhuhu..but i'm still here, work..and work..and work. Kalau ikutkan tender yg aku bg kat boss, kemarin 22hb adalah last day aku kat GSC..setelah diteliti dan dipertimbangkan beberapa faktor yg x dpt dielakkan (ye ke??) so, aku terpaksa la extend resignation aku hingga ke bulan Julai... Mungkin rezeki aku masih di sini sampai bulan depan..Hanya Allah yg mengetahui, aku sbgai hamba yg x berdaya hanya merancang. Last week Jab. Xxxxx Negara call, katanya nnt nak call balik tp sampai hari ni x call pun..letih aku menunggu..huhuhu..Sabarlah mariam, kalau ada rezeki x kemana...

Father's Day

F.A.T.H.E.R.S. "F" aithful. "A" lways there. "T" rustworthy. "H" onoring. "E" ver-loving. "R" ighteous. "S" upportive. To all fathers in the world especially to my husband, my father and father in-law; Happy Father's Day!!

Renungan Berkeluarga

Bagi yang bujang sesuatu i'tibar Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran Bagi yang berkeluarga perlu mengajar Wahai SUAMI renungkanlah Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah Tidaklah setaqwa Aisyah Tidaklah setabah Fatimah Justeru, Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana Justeru Kam