Posts

no idea..

Lama x update blog aku, bukan apa...malas nak mengadap laptop lama2 pastuh x da idea2 yg menarik..ini pun saja ja nak menghabiskan masa sementara nak tunggu pegi pasar mlm jap lg beli lauk utk masak esk.. Last week kandungan aku berusia 5 bulan..kali ni jumpa doc aku sampai kat klinik tuh untuk checkup kul 8 tepat tgk mak aii...ramai dah, parking pun penuh..huhuhu..ingatkan aku la yg awai...amik no giliran aku yg ke-26...bayangkan, dr kul 8 tunggu kul 11.15 baru siap bleh balik...letih, geram, lapar semua ada..sib baik bukan bulan posa..sudah la bawa fatihah x reti duduk diam lari ke sana cni...yg besnya, bila aku asyik merungut kata lambat laa...lambat laa... fatihah pun jerit dgn kuatnya, " doktor...cepat la panggil ummi...!!!"terkejut aku..semua org lam klinik tuh tgk haku..pastu gelak2..huhuhu..rasa cam nak nyorok ja bwh kerusi. Dok sat ja nombor aku pun naik jumpa doc hahaha..kebetulan ja tuh..bkn doc tu dgr tehah jerit tu. Sblm nih aku x bgtau pun nurse2 tuh family aku ...

Raya Aidilfitri 2009

Image
Hari ni baru rasa nak update blog setelah seminggu cuti raya..muehehe.. Thn ni raya 1st kg aku dulu kat langgaq..tema kaler kami sekuarga thn ni ijau, idea hubby ler tuh...x sangka plak famili blah aku ramai yg ijau thn ni..bkn plan pun, tgk ja lah gambaq2 nih..ijau belaka..hahaha Thn ni semua dpt berkumpul kecuali abg pit dia beraya umah wife dia dulu kat subang ptg raya tu baru dia balik..yg ada ni pun dah meriah... Aku dengan Fatihah.. Semua adik beradik aku kecuali abg pit x dak... Kak Chaq n family... Cik Ton n family... Abg Din n family... Abg Najib n family... Abg Yee n family... Last...aku n family.. Umah sebelah mertua aku x tangkap gambar pun..huhuhu..x bawa balik kamera..gambar2 kat umah aku tuh ehsan dr kamera abg najib...

siakap masak stim

Image
Ptg td lepas p klinik check perut..singgah pekan, dok pk2 nak masak apa ptg ni hubby kata nak mkn ikan siakap masak stim. Dolu2 masa kat kulim aku penah buat sekali tp ikan bawal..x sedap langsung sbb aku boh limau sekali kulit dia ..pahit nak mampos..bole la mkn tp x sedap merosakan ikan jaa..huhuhu. kali ni try lg..sbb la ni aku kalau mkn kat kedai kurang selera ckit..lepas makan sure balik umah terkeluaq semua balik..kalau yg aku masak ok la walaupun kurang sedap..muehehehe..Aku guna bahan2 yg sedia ada kat umah jaa..sbb kat pekan td beli ikan ja semata2..sayoq apa pun x teringat nak beli sbb dah lewat takut x sempat nak masak. Sampai ja umah terus masuk dapoq..prepare bahan2 apa yg patut...then, ni la hasilnya ikan siakap masak stim..hehehe..menyelerakan x?...rasa dia boleh tahan la..sedap gak mcm kat kedai (sekali sekala nak puji diri sendiri..muahaha)aku potong 2 sbb periuk kukus aku kecik ja..x muat nak boh pelengat besaq2.. pastuh..kueh hari ni, memandangkan inti nyioq lebihan ...

Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam " Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.: Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu " Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwa...

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa. - Muntah dengan sengaja - Mengeluarkan air mani - Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari - Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita - Menjadi gila - Pitam sepanjang hari - Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari - Murtad, iaitu keluar dari agama Islam Wallahu'alam